MATLAMAT / OBJEKTIF :
Menegakkan dan mengukuhkan prinsip –prinsip sukarela dan demokrasi
di dalam pergerakan belia.
- Mewujudkan dan
menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani , pelajaran belia di dalam negeri menurut kegiatan persatuan.
- Mewujudkan kerjasama
dan persefahaman di kalangan belia melalui aktiviti –aktiviti bersama.
- Menyebarkan penerangan
dan maklumat mengenai teknik serta kegiatan persatuan belia.
- Dengan cara berunding,
membantu menubuhkan persatuan – persatuan atau penubuhan – penubuhan belia baru, untuk kemajuan belia.
- Mengemukakan
pendapat dan perakuan kepada Kerajaan, badan – badan berkanun dan badan –badan lain mengenai perkara –perkara
kebajikan belia, sesuai dengan prinsip – prinsip keadilan dan kebenaran.
- Menjalankan segala
rupa ikhtiar bagi kemajuan Majlis dan untuk menuju kearah ini akan merancang beberapa program jangka pendek dan jangka panjang
kea rah pencapaian matlamat tersebut.
- Semua wang dan
keuntungan yang di dapati oleh Majlis hasil dari penyertaannya dalam mana –mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan
semata –mata untuk melanjutnya, memajukan dan menjalankan matlamat –matlamat majlis dan tidak sebahagianpun daripada
wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli majlis.
|