Sejarah perkembangan belia Negeri Sembilan telah lama ujud.Pengakap
dan PanduPuteri adalah pelupur sebagai pertubuhan sukarela yang di anggotai oleh belia –belia.
Awal tahun 50an zaman darurat ramai belia –belia yang dipengaruhi oleh pihak komunis kerana pada masa itu tidak ada
persatuan bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah.
Dengan
hal yang demikian, fahaman komunis sangat mudah mempengaruhi pemuda-pemudi pada masa itu. Kerajaan melalui kebajikan masyarakat
telah menggalakkan pemuda-pemudi diseluruh pelusuk kampong di negeri ini menubuhkan persatuan –persatuan pemuda-pemudi
di tempat masing –masing. Aktiviti sosial dan sukan adalah kegiatan yang dijalankan oleh pemuda –pemudi masa itu.
Oleh
kerana sudah banyak persatuan belia ditubuhkan di Negeri Sembilan maka timbullah usaha pula penubuhan badan penyelaras peringkat
negeri bagi persatuan –persatuan belia yang tidak beruniform tersebut seperti MAYC pada tahun 1959. Selepas itu persatuan
–persatuan belia tidak bergabung dengan MAYC .Maka ditubuhkan pula Pergerakan Belia 4B Negeri Sembilan pada tahun 1968.
Kemudian tertubuhlah pula beberapa badan penyelaras peringkat negeri seperti Hindu Youth Negeri Sembilan, Tamil Bell Negeri
Sembilan, Pergerakan Pemuda Malaysia Negeri Sembilan, Gabungan Belia Bersatu Cawangan Negeri Sembilan dan beberapa lagi badan
penyelaras peringkat negeri.
Pada
tahun 1964, dengan daya usaha beberapa tokoh belia Negeri Sembilan seperti Joseph Siow, Ghazali Ahmad, Kan Koh Kuan, Norlia
bte Hj. Talib, Menezes telah menaja Majlis Belia Negeri Sembilan tetapi majlis itu mati begitu sahaja selepas di taja tanpa
diketahui sebab –sebabnya.
Pada
tahun 1968, pemimpin –pemimpin belia yang berperingkat negeri menyedari bahawa sudah sampai masanya penyelarasan bagi
pertubuhan peringkat negeri ditubuhkan sekali lagi kerana peringkat kebangsaan telah lama ujud iaitu Majlis Belia Malaysia
yang ditubuhkan pada tahun 1948.
Dengan inisiatif
beberapa orang tokoh belia negeri ini seperti Ahmad Haji Nasir, Ken Apadurai dari Pengakap, Ghazali Ahmad,Yusof Daud dan Yahya
Pijar dari MAYC, Siti Norjani Ahmad dari Pandu Puteri, Menezes dari St. John Ambulan dan lain –lain telah berusaha supaya
belia –belia yang menganggotai berbagai –bagai pertubuhan di bawah satu bendera dan jurucakap belia negeri ini
pada awal tahun 1969. Penyelaras ini dinamakan Majlis Belia Negeri Sembilan.